Friday, November 9, 2018

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
11.      PENDAHULUAN
Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tisher, Whitten dan Hunter (1983).

22.      ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya perolehi dalam tajuk ini ialah:
a.       Teori Fungsionalisme
·         Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
·         Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat.
·         Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri
·         Teori ini melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam disiplin sains tulen
·         Masyarakat diumpamakan seperti organisma yang mempunyai bahagian dikenali struktur
·         Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat
·         Tiga andaian ahli fungsionalisme (Brinkerhoff & White, 1989):

              i.          Stabiliti = kriteria penilaian untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan 
                       ii.            Harmoni = Bagaimana semua struktur masyarakat bekerjasama mencapai tujuannya
          iii.            Evolusi = perubahan dalam masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan
·         Teori ini menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan (Teori Konsensus)

b.      Teori Konflik
·         Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
·         Menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat
·         Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
·         Mengkritik kapitalisme
·         Menimbulkan persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya
c.       Teori Interaksionisme Simbolik
·         Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)
·         Teori mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
·         Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
·         Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
·         Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
·         Makna yang simbolik (perkataan, perlakuan, objek, bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra
·         Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
·         Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
·         Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat 


33.      RUMUSAN
Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori. Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan  bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial.Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro


44.      RUJUKAN
-        Amir Hasan Dawi (2002) penteorian sosiologi dan pendidikan (edisi kedua). Tanjung Malim : Quantum Books
-        Amir Hasan Dawi, 2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga, Quantum Books,Tanjong Malim











No comments:

Post a Comment