Friday, November 9, 2018

TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
11.      PENDAHULUAN
Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012)

22.      ISI PENTING
Menurut Benjamin S Bloom ‘pembelajaran yang didapati oleh manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga bidang utama’  iaitu :

a) Bidang kognitif
·         Melibatkan aspek intelektual iaitu pengetahuan/maklumat,pengertian  dan pemikiran.
·         Berkembang dari pengetahuan yang mudah kepada  paras kegiatan mental yang lebih tinggi.
·         Ada enam elemen taksonomi Bloom iaitu:
-        Pengetahuan, kefahaman, aplikasi (pemikiran aras rendah),
-        Analisis, sintesis, penilaian(pemikiran aras tinggi).

b) Bidang psikomotor
·         Psikomotor melibatkan fungsi otot dan kekuatan fizikal
·         Berkaitan dengan aktiviti menulis,memukul dan lain-lain
·         Antara aspek penilaian psikomotor :
                                i.            Meniru
                              ii.            Menyusun
                            iii.            Melakukan dengan prosedur
                            iv.            Melakukan baik dan tepat
                              v.            Melakukan tindakan secara alami
c)  Bidang afektif
-        Objektif  berhubung  dengan  sikap, penikmatan , nilai dan emosi.
pembelajaran akan tercapai  sekiranya  pelajar dapat membentuk sikap positif.
Mengikut Davi R.Krathworth dan  rakan-rakan(1964), ada  5 domain afektif
-        Domain Afektif :
                                i.            Menerima
                             ii.            Bertindak balas
                           iii.             Menilai
                           iv.             Mengelola
                              v.            Perwatakan

33.      RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran yang efektif amatlah penting untuk proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, ibu bapa dan guru turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran pelajar.

44.      RUJUKAN
-        Zahari Suppian (2018) interaksi dan pembelajaran, nota KPS3014

No comments:

Post a Comment