Saturday, November 10, 2018

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

1.      PENDAHULUAN
      Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Seterusnya, disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Justeru, displin merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.


2.      ISI PENTING
      Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan jenis devian. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (innovation), ritual (ritualism), undur (retreatism), dan menentang (rebelliation). Inovasi (innovation) adalah suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Yang kedua ialah ritual (ritualism) dimana tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalny pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.Yang ketiga ialah undur (retreatism) yang bermaksud seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah menentang (rebelliation) dimana ia menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.



3.      RUMUSAN
      Topik 9 ini berkaitan dengan peraturan dan disiplin murid, pengurusan devian dan salah laku serta pekeliling dan peraturan. Guru hendaklah menangani masalah devian yang berlaku dalam kalangan pelajar secara profesional. Guru juga mestilah bijak dalam mencorak anak didiknya agar mereka tidak berasa tersisih dan melakukan salah laku. Pelajar memerlukan perhatian yang sama rata daripada guru dan hal ini haruslah dilaksanakan oleh guru tanpa ada unsur pilih kasih.


4.      RUJUKAN
Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan disiplin murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Periakka Rengaya Chinaya. (2016). Pengurusan tingkah laku murid pendidikan khasPetaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment