Friday, November 9, 2018

TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH


TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

1.      PENDAHULUAN
Menurut dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai orentasi visi dan misi ke depan. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, guru serta murid.
2.      ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam tajuk ini ialah:
a)      Gaya kepimpinan autokratik
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.

b)      Gaya kepimpinan demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.

c)      Gaya kepimpinan kontegensi
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.

3.      RUMUSAN
Kesimpulannya, daripada perbincangan diatas kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggorta-anggota lain dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.

4.      RUJUKAN
  • A.L.Ramaiah. (1999). Kepimpinan Pendidikan-Cabaran Masa Kini(edisi baru). Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
  • Moejiano Imam. (2002). Kepimpinan dan Keorganisasian. Jogakarta: UII Press.
  • Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri kepimpinan pengetua / guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1).

No comments:

Post a Comment