Saturday, November 10, 2018

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER


TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

1.      PENDAHULUAN
Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck,2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan.
Sumber pula membawa maksud , sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi,manusia, serta kewangan dan teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan adea kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan,biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.
Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.

2.      ISI PENTING
Antara isi yang terdapat dalam bab pengurusan sumber ialah:
2.0    Objektif pusat sumber
·         Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
·         Memupuk kemahiran menggunakan bahan pusat sumber
·         Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik
·         Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran
·         Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecendurangan.
2.1    Fungsi pengurusan sumber
ü  Pusat profesional
Contohnya:  aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan.
ü  Pusat perkembangan idea dan kreativiti
Contohnya: mengadakan satu pertandingan nilam dan sebgainya untuk para pelajar
ü  Mengisi masa lapang
Contohnya: para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
ü  Pusat kegiatan belajar dan mengajar
Contohnya: para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.

2.2    Ciri-ciri pusat sumber
o   Menyeronokan murid
o   Menjimatkan masa
o   Sumber rujukan senang diperoleh
o   Kesesuaian tempat
o   Mempelbagaikan kegiatan murid
o   Tujuan pusat sumber
2.3    Komponen pengurusan sumber
Ø  Pengurusan infrastuktur
Ø  Pengurusan sumber manusia
Ø  Pengurusan kewangan
Ø  Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
Ø  Pengurusan pusat sumber

2.4     Jenis sumber pembelajaran
§  Sumber asas
Contohnya: buku, majalah
§  Sumber rujukan elektronik
Contohnya: rujukan online
§  Sumber elektronik
Contohnya: menggunakan teknologi ict
§  Sumber pengalaman
Contohnya: lawatan dan sebagainya.
2.5    Cara penggunaan sumber pembelajaran
v  Sesuai dengan situasi pembelajaran
v  Merancang penggunaan sumber pembelajaran
v  Membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran berpusatkan murid
2.6    komponen pembelajaran berasaskan sumber
·         buku teks
·         aktiviti penelitian
·         pencarian bahan dari pelbagai sumber
·         latihan penyelesaian masalah
·         penggunaan alat pandang dengar
2.7    kepentingan pengurusan sumber
ü  merangsang minat pelajar
ü  menyediakan pengalaman sebenar
ü  melibatkan pelajar belajar secara aktif
ü  memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat


3.      RUMUSAN
Sebagai kesimpulan bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan  sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

  
4.      RUJUKAN
Ø  https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber
Ø  RujukanAbdul Aziz Yusof (2004).
Ø  Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan.
Pearson Prentice Hall.Abdul Aziz Yusof (2007).
Ø  London: Kogan Page Limited.Buck, Frank (2010).
Organization Made Easy!-Tools for Todays Teachers.
New York: Eye onEducation.Cari Ilmu Online Borneo (2010).

No comments:

Post a Comment