Saturday, November 10, 2018

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

1.      PENDAHULUAN


      Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.


2.      ISI PENTING
    Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.
      Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.
    Akhir sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.



3.      RUMUSAN
Pengurusan alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya dalam kelas , sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul masalah terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.


4.      RUJUKAN

Shaarai, L. F. (2012). PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK KITARAN AIR TAHUN 5.
Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

1 comment:

  1. Tumpang tanya, saudara / saudari masih adakah lagi nota uantuk tajuk pengurusan hasil kerja kursus murid? bolehkah saya minta utk kerja saya kerana saya sudah cari di merata tempat nota utk tajuk ini.

    ReplyDelete