Friday, November 9, 2018

TAJUK 2: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN


TAJUK 2: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
11.      PENDAHULUAN
Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain  iaitu tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
Pembelajaran adalah proses kegiatan belajar. Pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu.

22.      ISI PENTING
Setelah mempelajari tajuk ini, saya dapat memperolehi tiga isi penting dari subtopik jenis-jenis interaksi. Tiga penting yang saya perolehi adalah:
a.       Interaksi sehala dari guru kepada murid
·         Aktiviti pembelajaran bercorak positif
·         Corak interaksi tertumpu kepada guru sahaja
·         Tiada interaksi antara murid dengan murid
·         Pendekatan memusatkan guru
·         Kaedah kelas
·         Memberi arahan
·         Memberi syarahan
·         Kaedah mencerita
·         Kaedah demonstrasi
·         Aktiviti pemulihan

b.      Interaksi dua hala di antara guru dengan murid
·         Aktiviti pengajaran dan pembalajaran bercorak aktif
·         Perhubungan guru dengan murid dipereratkan
·         Penglibatan murid digalakkan
·         Pendekatan perbincangan
·         Kaedah menyoal
·         Kaedah sokratik
·         Kaedah individu
c.       Interaksi dua hala antara murid dengan murid
·         Aktiviti pembelajaran bercorak aktif
·         Perhubungan murid dengan murid dipereratkan
·         Interaksi guru dengan murid sehala, iaitu melalui bimbingan atau arahan guru sahaja
·         Semangat kerjasama, toleransi serta tolong menolong di kalangan murid dipupuk
·         Pendekatan kumpulan
·         Kaedah projek
·         Kaedah bermain
·         Lakonan
·         Sumbangsaran
·         Semasa memberi arahan guru

33.      RUMUSAN
Kesimpulannya, berdasarkan apa yang telah saya baca, terdapat beberapa jenis interaksi yang digunakan. Hal ini adalah perlu mengikut situasi tertentu agar proses pengajaran dan pembalajaran dapat berjalan dengan lancar serta dapat difahami oleh murid dengan baik. Interaksi antara guru dan murid adalah sangat penting untuk menilai tahap kefahaman seseorang murid terhadap sesuatu tajuk atau pelajaran yang di pelajari.

44.      RUJUKAN
-        Zahari Suppian (2018) interaksi dan pembelajaran, nota KPS3014

No comments:

Post a Comment