Saturday, November 10, 2018

TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

1.      PENDAHULUAN
           Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas 2013) Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang
melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Khas Inklusif, pada peringkat
pendidikan pra sekolah; pendidikan rendah; pendidikan menengah; atau pendidikan
lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan pendengaran;
ketidakupayaan pertuturan; ketidakupayaan fizikal; masalah pembelajaran; atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, seperti
yang disebut. (MOHDNASIR, 2016).

2.      ISI PENTING
Apa yang saya pelajari dari topik ini adalah terdapat 3 isi penting boleh dikongsikan bersama. Pertama, program pemulihan. Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid tersebut lebih banyak bertanya dan mengurangkan rasa malu pelajar tersebut. Program pemulihan tersebut dijalankan untuk menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid pelbagai upaya.
         Seterusmya adalah penggayaan.Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.
           Akhir sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali  Cuma guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.

3.      RUMUSAN
Guru perlu membantu  mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan
kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah dikuasai oleh guru  yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak. (Fong, 2018). Guru juga memainkan peranan penting dalam masalah murid pelbagai upaya. Selain guru, ibubapa juga perlu membantu murid murid ini menggapai kejayaan.

4.      RUJUKAN

Fong, C. E. (2018). Dari Pendidikan Khas ke Pendidikan Pemulihan: Dua Program Masalah Pembelajaaran.
 MOHDNASIR, S. N. (2016). PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA (PTK) MURID. 1-2.

No comments:

Post a Comment