Friday, November 9, 2018

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID


TAJUK 5: PENGURUSAN MURID
  1. PENDAHULUAN
Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimana perancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik. Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran dan pengawalan atau pemulihan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir iaitu guru besar atau pengetua dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembantu, perancang, pemudah cara penyelaras dan pengawal serta kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya terutama kepada para pelajar bagi memastikan sistem pengurusan murid ini lebih dinamik.

  1. ISI PENTING
Kaedah dalam menguruskan rekod murid:
a)      Sistem maklumat murid berkomputer
Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2000. Ia mengandungi maklumat senarai rekod kesihatan murid, rekod rancangn makanan tambahan (RMT), rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian, dan kemudahan mendaftar untuk murid. Dikenali sebagai sistem maklumat murid (SMM)
b)      Pentaksiran berasaskan sekolah
Pentaksiran berasaskan sekolah dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan.

c)      Sistem laporan adab belajar
Sistem laporan dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari 2004 ekoran daripada cadangan Kementerian Pendidikan (2003). Ia bertujuan untuk menilai murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah mereka perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. Sebagai medium untuk melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap setiap murid. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

  1. RUMUSAN
Natijahnya, pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya si sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah di kenal pasti pada peringkat awal. Melalui tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid dalam meningkatkan kemajuan dalam pembelajaran.

  1. RUJUKAN
·         Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.
·         Mok Soon Sang. (2001 ). Psikologi Pendidikan Semester 1.

No comments:

Post a Comment