Saturday, November 10, 2018

TAJUK 11: : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA (Managing Multiculturalism or Managing Diversity)


TAJUK 11: : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
(Managing Multiculturalism or Managing Diversity)

1.      PENDAHULUAN
      Menurut Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya”mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.


2.      ISI PENTING
      Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Yang pertama ialah isi kandungan. Ia merupakan pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan. Yang kedua ialah minat dimana pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar. Yang ketiga ialah kadar:dimana pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru. Yang keempat tahap merupakan pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.  Yang kelima ialah akses dimana pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka. Yang keenam ialah respon. Respon merupakan pembezaan akses (kepada sumber) memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar. Yang ketujuh merupakan urutan. Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.Seterusnya, pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang supaya pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.Masa guru merupakan masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka. Stail pengajaran juga merupakan pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan –visual learners, auditory, verbal dan sebagainya.



3.      RUMUSAN
      Topik 11 berkaitan dengan pengurusan pelbagai budaya. kepelbagaian budaya  merupakan  satu  strategi  dan  perspektif baharu  untuk memahami  variasi  pelajar  dari  masyarakat  yang  berbilang  kaum  dan  berbilang  budaya. Dengan  itu  hubungan  yang  lebih  harmoni  dapat  dapat  diwujudkan  semasa  berinteraksi. Strategi  ini  seharusnya  dapat  membantu  para  pelajar  memahami kepelbagaian  budaya yang  ada  di  negara  ini  supaya  matlamat  pendidikan  untuk  memberi  kesedaran  kepada \pelajar-pelajar  tentang  wujudnya  pelbagai  nilai,  budaya,  agama  dan  bangsa  dalam masyarakatnya  serta  terdapat pula  persamaan-persamaan  dalam  budaya  berbagai  dapat dicapai.


4.      RUJUKAN

Sufean Hussin. (2007). Inovasi dasar pendidikan: Perspektif sistem dan organisasi. Kuala Lumpur:            Penerbit Universiti Malaya.
Wan Hanum Suraya Wan Mohamed. (2015). Pengaruh budaya sekolah, strategi pembelajaran  dan           efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 di Perak. Tanjong Malim:          Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN  MURID

1.      PENDAHULUAN
      Konsep bimbingan merupakan bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

      Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.


2.      ISI PENTING
      Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama, kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Pada fasa kedua, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.

      Fasa ketiga merupakan proses mengenali pelajar Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

      Fasa keempat proses membimbing pelajar membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan membina matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan tindakan, dan melaksanakan tindakan. Fasa kelima ialah analisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.



3.      RUMUSAN
      Topik 10 berkaitan dengan pengurusan penasihatan murid. Bab ini menjelaskan tentang fungsi seorang guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mahupun kendiri. Pengurusan penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi hingga ke akar umbi. Namun begitu, pelbagai aspek haruslah ditekankan ketika memberikan sesi kaunseling dan bimbingan iaitu dengan mematuhi kod etika bimbingan & kaunseling serta tidak melakukan perkara yang bercanggah daripada aspek bimbingan & kaunseling. Sebagai seorang guru, sikap profesional dalam menangani isu dan masalah pelajar sangat diperlukan agar pelajar dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalahnya.



4.      RUJUKAN

Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2002.

Zuraidah Abdul Rahman. (2011). Kaunseling dalam pengurusan. Selangor: Marshall Cavendish.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2017). Kemahiran dan pengurusan kes-kes kaunseling. Kota Kinabalu:    Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

1.      PENDAHULUAN
      Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Seterusnya, disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Justeru, displin merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.


2.      ISI PENTING
      Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan jenis devian. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (innovation), ritual (ritualism), undur (retreatism), dan menentang (rebelliation). Inovasi (innovation) adalah suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Yang kedua ialah ritual (ritualism) dimana tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalny pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.Yang ketiga ialah undur (retreatism) yang bermaksud seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah menentang (rebelliation) dimana ia menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.



3.      RUMUSAN
      Topik 9 ini berkaitan dengan peraturan dan disiplin murid, pengurusan devian dan salah laku serta pekeliling dan peraturan. Guru hendaklah menangani masalah devian yang berlaku dalam kalangan pelajar secara profesional. Guru juga mestilah bijak dalam mencorak anak didiknya agar mereka tidak berasa tersisih dan melakukan salah laku. Pelajar memerlukan perhatian yang sama rata daripada guru dan hal ini haruslah dilaksanakan oleh guru tanpa ada unsur pilih kasih.


4.      RUJUKAN
Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan disiplin murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Periakka Rengaya Chinaya. (2016). Pengurusan tingkah laku murid pendidikan khas. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUSKAN BILIK DARJAH


TAJUK 8: STRATEGI MENGURUSKAN BILIK DARJAH

1.      PENDAHULUAN
Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011)
Manakala dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna.Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Definisi bilik darjah pula ialah satu tempat berlakunya proses penjaran dan pembelajaran dimana melibatkan interaksi antara guru dan murid. Ianya merupakan satu tempat yang terpenting yang perlu terdapat di sekolah. Menurut (Richards, 1990)  pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran P&P di dalam bilik darjah yang merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan susun atur meja dan kerusi serta masa yang diperuntukan bagi satu subjek pembelajaran.


2.      ISI PENTING
2.1  konsep bilik darjah
·         DAHULU
Dimana satu proses pembelajran berlaku dengan adanya murid sebagai pendengar serta guru sebagai tenaga pengajar dianggap bilik darjah walaupun bukan di dalam bilik kelas.
·         SEKARANG
Sebuah bilik darjah perlulah lengkap dengan kemudahan pembelajaran contonya kerusi, alat bantu mengajar dan sebagainya. Ianya juga merupakan satu tanggungjawab seorang guru untuk memimpin kelas tersebut.

  
Penyusunan bilik darjah:
Ø  Tempat duduk belajar
Ø  Meja guru
Ø  Kerusi dan meja pelajar
2.2  Pengurusan bilik darjah
·         Rutin bilik darjah: mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan
·         Menyimpan rekod pelajar untuk menilai sama ada pelajar tersebut gagal atau sebaliknya.
·         Klasifikasi sumber pembelajaran:
*      Sumber asas
*      Sumber bukan elektronik
*      Sumber elektronik
*      Sumber pengalaman
2.3  Konsep bilik darjah
Jenis interaksi :
Ø  Interasksi sehala atau tradisional
Ø  Interaksi dua hala antara guru dan murid
Ø  Interaksi dua hala antara murid dan murid
Ø  Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Ø  Interaksi berkomputer
2.4  Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas:
§  Susunan bilik darjah
§  Keadaan emosi bilik darjah
§  Kawalan dan kepimpinan dalam bilik darjah
1.gaya autokratik
2. gaya demokratik
3.gaya laissez Faire
§  Kaedah kumpulan
§  Amalan teori dan amali
§  Kaedah suasana pembelajaran
2.5  suasana bilik darjah
o   suasana fizikal
o   suasana emosi
o   suasana emosi



3.      RUMUSAN
Dalam strategi menguruskan bilik darjah, guru merupakan salah satu penggerak dan rujukan kepada pelajar dalam menentukan suasana dan kelancaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. Selain itu, minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan strategi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik. Dari sudut institusi pendidikan bilik darjah merupakan bilik-bilik yang menempatkan para pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dan interaksi antara satu sama lain. Oleh itu susun atur sangat mempengaruhi minat serta kelancaran sesebuah pengajaran yang akan memberi kesan kepada fahaman para pelajar.

4.      RUJUKAN
·         Mukodi, M. (2016). Bilik-Bilik Demokrasi dalam Pendidikan. SHAHIH : Journal Of Islamicate Multidisciplinary, 1(2), 113. doi: 10.22515/shahih.v1i2.393.

·         Mohd. Ismail Tambi. (2005). Dr. Ismail Tambi. Bentong, Pahang: PTS Millennia Sdn. Bhd.

·         Pembelajaran, B. (2018). Bab 8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran. Retrieved from https://missugliest.blogspot.com/p/bab-8.html